Tuesday, February 16, 2016

Hak Asasi Manusia (HAKAM)


Refleksi Diri 

Hak Asasi Manusia (HAKAM)atau Hak kemanusiaan, secara asasnya adalah merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua manusia. Konsep Hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahawa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki identiti insan, yang tidak dipengaruhi oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan.

Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. 

Pada lazimnya, Hak Asasi Manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
  1. Kebebasan daripada ketakutan
  2. Kebebasan daripada kemahuan
  3. Kebebasan bersuara
  4. Kebebasan kepercayaan.
Ia menyenaraikan pelbagai Hak Asasi Manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Subjek HAKAM ini adalah salah satu subjek yang telah saya dan rakan-rakan ambil dalam pengajian kami dalam Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah), secara Pembelajaran Berterusan Jarak Jauh (PBJJ), Universiti Kebangsaan Malaysia, pada semester 3.

Salah satu tugasan yang telah diberikan dalam menyempurnakan pengajian bagi subjek ini ialah 'blog'. Alhamdulillah, adanya tugasan ini membuatkan saya membuka semula blog saya ini yang telah lama tidak aktif. (^_^)

Di antara tugasan yang telah diberikan kepada kami ialah pembentangan berkumpulan berkenaan isu-isu berkaitan HAKAM. Kumpulan saya telah mendapat tajuk 'Perlanggaran Hak Asasi Manusia'

Oleh kerana tajuk tersebut adalah sangat umum dan luas, kami telah memutuskan untuk mengambil skop yang lebih kecil. Kami telah memilih untuk mencari maklumat dan membentangkan berkenaan Perlanggaran Hak Asasi Manusia di Malaysia.

Pembentangan dari kumpulan kami memuatkan 2 isu utama iaitu:

- 6 Trend Perlanggaran Hak Asasi Manusia yang telah dilaporkan oleh pihak SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan diterbitkan pada 24 Jun 2015, di laman webnya http://www.suaram.net/?p=7057

- Perhimpunan BERSIH (Hak Bersuara dan tindakan sewajarnya dari pihak-pihak yang terlibat)

Secara kesimpulannya, semua pihak samada pihak kerajaan, masyarakat mahupun individu mestilah bersama-sama berganding bahu dan berusaha bersama untuk menjaga Hak Asasi Manusia mengikut lingkungan dan kemampuan masing-masing. Sebagaimana kita ingin hak kita dijaga, begitu juga kita harus menjaga hak orang lain. Sepertimana dalam satu hadith Rasulullah berbunyi:  
                              "Jagalah Allah, Allah akan menjagamu"

Alhamdulillah, banyak yang telah saya pelajari tentang Hak Asasi Manusia, yang mana mungkin saya tidak terfikir pun jika tidak mempelajari subjek ini dalam semester ini. Segala kesyukuran dipanjatkan kepadaNya jua. Moga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan hingga menjadi bekalan di Akhirat - dunia yang kekal abadi - nanti.

Buat rakan-rakan sepengajian, semoga berjaya dalam pengajian di semester 3, in shaa Allah berjumpa kita di semester 4 nanti. (^__^)

10 comments:

  1. Wah!refleksi hakam...alhamdulillah semua tugasan yang diberikan telah berjaya disiapkan..subjek ini merupakan ilmu baru yang patut kita tahu dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan hak kita dalam konteks menjaga hak asasi manusia..semoga ilmu yang diperolehi dalam subjek ini dapat menjadi panduan dalam kehidupan kita. Terima kasih buat Dr.Mohd Arip kasmo atas tunjuk ajar yang diberikan.semoga kita semua berjaya..insyaAllah amin2x
    Drpd:Salmiya Ebacho (gb02617)

    ReplyDelete
  2. Mabruk di atas perkongsian yang menarik disamping kita menangguk ilmu dunia tidak lupa juga sebagai bekalan untuk kita semua ke akhirat.. insyaAllah. Allahumma amin...

    ReplyDelete
  3. Secara umum setiap manusia mempunyai hak asasi yang dimiliki sejak lahir sampai mati.Ianya sebagai anugerah dari Tuhan yang maha Esa.Terima kasih atas maklumatnya.

    Mariani Mursuki (GB02609)

    ReplyDelete
  4. Dyg Saidatina (GB02606)
    maklumat yg berguna untuk meluaskankan lagi pengetahuan mengenai Hak Asasi Manusia.. syukran atas perkongsian..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Info yang bermanfaat buat kita..
    In Syaa Allah..jumpa sem 4..(^_^)

    ReplyDelete
  7. buah fikiran yang baik dan berguna tentang hak asasi manusia..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat, lebih-lebih lagi dalam usaha bersama-sama menjaga hak asasi manusia antara satu sama yang lain...terima kasih atas perkongsian ini.

    * Asmah Binti Mohd Arshad
    * GB02604

    ReplyDelete