Tuesday, February 16, 2016

Hak Asasi Manusia (HAKAM)


Refleksi Diri 

Hak Asasi Manusia (HAKAM)atau Hak kemanusiaan, secara asasnya adalah merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua manusia. Konsep Hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahawa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki identiti insan, yang tidak dipengaruhi oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan.

Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. 

Pada lazimnya, Hak Asasi Manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
  1. Kebebasan daripada ketakutan
  2. Kebebasan daripada kemahuan
  3. Kebebasan bersuara
  4. Kebebasan kepercayaan.
Ia menyenaraikan pelbagai Hak Asasi Manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Subjek HAKAM ini adalah salah satu subjek yang telah saya dan rakan-rakan ambil dalam pengajian kami dalam Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah), secara Pembelajaran Berterusan Jarak Jauh (PBJJ), Universiti Kebangsaan Malaysia, pada semester 3.

Salah satu tugasan yang telah diberikan dalam menyempurnakan pengajian bagi subjek ini ialah 'blog'. Alhamdulillah, adanya tugasan ini membuatkan saya membuka semula blog saya ini yang telah lama tidak aktif. (^_^)

Di antara tugasan yang telah diberikan kepada kami ialah pembentangan berkumpulan berkenaan isu-isu berkaitan HAKAM. Kumpulan saya telah mendapat tajuk 'Perlanggaran Hak Asasi Manusia'

Oleh kerana tajuk tersebut adalah sangat umum dan luas, kami telah memutuskan untuk mengambil skop yang lebih kecil. Kami telah memilih untuk mencari maklumat dan membentangkan berkenaan Perlanggaran Hak Asasi Manusia di Malaysia.

Pembentangan dari kumpulan kami memuatkan 2 isu utama iaitu:

- 6 Trend Perlanggaran Hak Asasi Manusia yang telah dilaporkan oleh pihak SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan diterbitkan pada 24 Jun 2015, di laman webnya http://www.suaram.net/?p=7057

- Perhimpunan BERSIH (Hak Bersuara dan tindakan sewajarnya dari pihak-pihak yang terlibat)

Secara kesimpulannya, semua pihak samada pihak kerajaan, masyarakat mahupun individu mestilah bersama-sama berganding bahu dan berusaha bersama untuk menjaga Hak Asasi Manusia mengikut lingkungan dan kemampuan masing-masing. Sebagaimana kita ingin hak kita dijaga, begitu juga kita harus menjaga hak orang lain. Sepertimana dalam satu hadith Rasulullah berbunyi:  
                              "Jagalah Allah, Allah akan menjagamu"

Alhamdulillah, banyak yang telah saya pelajari tentang Hak Asasi Manusia, yang mana mungkin saya tidak terfikir pun jika tidak mempelajari subjek ini dalam semester ini. Segala kesyukuran dipanjatkan kepadaNya jua. Moga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan hingga menjadi bekalan di Akhirat - dunia yang kekal abadi - nanti.

Buat rakan-rakan sepengajian, semoga berjaya dalam pengajian di semester 3, in shaa Allah berjumpa kita di semester 4 nanti. (^__^)

Wednesday, March 27, 2013

Al-Kisah Di Dalam Kelas..


Suatu hari di kelas tahun 4…
Selepas menerangkan isi pelajaran dan bersoal jawab dengan pelajar, ustazah mula menulis isi pelajaran di papan putih. Sambil menulis, pelajar2 bertanya, (ustazah pun saja la melayan pelajar2 ni, selagi tidak mengganggu proses pembelajaran..)

Soalan 1
Pelajar2                 : “Berapa umur ustazah? “
Ustazah                  : “Teka?” :-)

Pelajar2 teka dengan macam2 tekaan dan ustazah biar ja tapi ustazah tidak bagi jawapan sebab.. sebenarnya pelajar2 ni dah banyak kali tanya soalan yang sama dengan ustazah.. =.=’

Soalan 2
Pelajar2        : “Ustazah, ustazah sudah kawin?”
Ustazah        : “Teka?” (lagi! :-D soalan ni pun dah banyak kali dorang tanya.. =.=’)

Tiba2 seorang pelajar menjawab dengan konfiden,

Pelajar comel: “Belummm!!! Sebab dia baru mau kawin dengan _ _ _ _ _” (abg dia)
Ustazah        : “Apa??” :-o (Sambil pandang pelajar comel tersebut. Pelajar2 lain pun
  pandang dia dengan terkejut)

Ustazah rasa malu pula dan teruskan menulis di depan sampai habis, pura2 tak tengok pelajar dah. Perbualan antara guru dan pelajar terhenti di situ.

Esoknya…

Semasa pelajar comel tersebut hantar buku nota ke meja ustazah, ustazah ambil kesempatan tanya,

Ustazah        : “Kenapa kamu cakap macam tu kemarin?”
Pelajar comel: (Dia macam dah lupa) “Cakap apa?”. (Dengan muka hairan) Alolo, dia ni, bikin ustazah pula yang rasa malu lagi. Pelajar comel tak beredar lagi dan tunggu. So akhirnya ustazah tanya juga.

Ustazah        : “Siapa tu nama abang kamu?”
Pelajar comel: (Baru teringat) “Oh..”

Ustazah tanya lagi, (padahal malu ba mau tanya tapi tahan hati ja sebab mau tau..)
Ustazah        : “Kenapa kamu cakap macam tu kemarin?”
Pelajar comel: “Sebab saya nak ustazah kawin dengan abang saya….”
Ustazah        : (Aik? Hm…) “Kenapa pula?”
Pelajar comel: “Supaya saya boleh tengok ustazah hari2..”
<Dan seterusnya yang tidak perlu diceritakan di sini…>

(^_^) Bertambah comel pula rasanya pelajar ni.. Hm.. Ustazah rasa terharu.. :-(
Memang akhir-akhir ni agak rapat dengan pelajar ni.. Tapi tak sangka pula pelajar ni berfikir macam ni… Seperti suatu penghargaan buat saya…

Kanak-kanak yang begitu suci dan polos, boleh mengatakan apa saja perasaannya, apa saja yang diinginkannya tanpa perlu memikirkan lebih dalam atau lebih jauh tentangnya..

Tak terkata apa masa tu, tapi ingin ku katakan padanya,
“Kan boleh tengok dan jumpa ustazah hari2 di sekolah.. Walaupun masa ustazah mengajar pagi, kan ustazah selalu pegi sekolah di sebelah petang juga… (^_^)”

Dan…

“Walaupun bukan dengan berkahwin dengan abang kamu, ustazah tetap boleh berkawan baik dengan kamu dan ustazah tetap sayangkan kamu. Bukan ustazah saja tapi juga ustazah-ustazah yang lain kan sayangkan kamu juga…” (^_^)

Budak ini memang comel dan baik.. Kecik macam aku… Jadi aku merasakan bagaimana layanan padanya oleh orang lain kerana aku juga sama.. (^_^) walaupun aku anak sulung tapi selalu dilayan macam anak bongsu… sebab kecik…

Alhamdulillah…
Best mengajar di sekolah rendah ni…
Ada saja cerita yang lucu.. Macam2 gelagat ada…
Pelajar2 tahap ni hatinya suci, belum pandai menyimpan dendam atau buat jahat…
Mudah dilentur mudah dibentuk….
Bukankah.. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"..

Alhamdulillah syukran ya Allah…
(^_^)

Saturday, March 9, 2013

Apa yang dicari??



Sebelum = Gemuk
Selepas = Kurus
Sebelum = berjerawat (kurang cantik la kunun)
Selepas = xda jerawat

Selalu nampak iklan rupa mcm ni
Tapi bila dah kurus, pakai sendat, tidak terjaga aurat
bila dah cantik, pos wajah yg cantik itu ke public, biar semua orang click dan tengok
dan selalu melibatkan golongan hawa...

Alangkah baiknya

Yang telah menjadi kurus, bertambah perbaiki penampilan
Berpakaian lebih labuh dan sopan
Yang telah bertambah kecantikan
Lebih utama menjaga pandangan diri dan orang lain
Kecantikan pada siapa hendak ditayangkan
Cukuplah hanya pada yang 'hak' dengan ikatan
Moga kasih sayang kan lebih berpanjangan

Tanya pada diri
Apa sebenarnya yang dicari??

Kekurangan mahupun kelebihan
Semuanya adalah ujian dalam kehidupan
Bagaimana kita kendalikan perasaan dan perlakuan
Adakah bawa kebaikan ataukah keburukan

Sesungguhnya segala nikmat dalam dunia ini hanyalah sementara
Jika tidak berlandaskan agama
Nikmat yang ada kan hanya mengundang sengsara
Moga dapat direnungi bersama..

Wallahu a'lam..

Friday, March 8, 2013

My Blog



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bermula satu lagi era permulaan dalam hidupku – BLOG.
Why? - MOTIVATED

Aku mendapat motivasi ini melalui suatu blog sangat mempesonaku dengan segala pengisian ilmu dan pendapatnya.
Isi mindanya.. ma sya Allah..
Seolah orang yang sangat mencintai ilmu..
Aku sangat suka dengan blog seperti itu, yang agak formal, tidak ada gambar kartun, dan sebagainya.. sesuai ku rasa bagi pembaca atau pelawat yang ingin semata-mata menambah ilmu..

Maka aku rasa aku juga ingin punyai blog, untukku berkongsi fikrah dan rasa, kerana akhir-akhir ini semakin ku rasa banyak perkara yang ingin ku kongsi bersama..
Jika tidak mampu menulis sebuah buku, moga dengan adanya tulisanku nanti, insyaAllah moga dapat menjadi peninggalan yang harapnya dapat bawa kebaikan buat sesiapa jua yang melawatinya….

Mungkin ilmu tidaklah setinggi mana,
Tapi aku selalu berpegang bahawa tiada gunanya ilmu tanpa amal,
Maka yang penting adalah, ilmu yang ada dapat diamalkan sebaiknya..

Ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, dan kusimpan dalam minda satu-persatu apa yang termampu..

Firman Allah:

"وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إَلَّا لِيَعْبُدُونَ"

Maksud: “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

Ayat yang agak simple tapi penuh makna, iaitu tujuan kehidupan dan tujuan penciptaan kita manusia di dunia ini..

Sekian dulu untuk permulaan ini, banyak cakap pun kadang lebih susah nak dibaca.. (kerana perasaanku begitu bila membaca suatu tulisan).. Biar sedikit tapi bermakna..

مع السلامة وإلى اللقاء