Suatu hari di kelas tahun 4…
Selepas menerangkan isi
pelajaran dan bersoal jawab dengan pelajar, ustazah mula menulis isi pelajaran
di papan putih. Sambil menulis, pelajar2 bertanya, (ustazah pun saja la melayan
pelajar2 ni, selagi tidak mengganggu proses pembelajaran..)
Soalan 1
Pelajar2 : “Berapa umur ustazah? “
Ustazah : “Teka?” :-)
Pelajar2 teka dengan macam2
tekaan dan ustazah biar ja tapi ustazah tidak bagi jawapan sebab.. sebenarnya
pelajar2 ni dah banyak kali tanya soalan yang sama dengan ustazah.. =.=’
Soalan 2
Pelajar2 : “Ustazah, ustazah sudah kawin?”
Ustazah : “Teka?” (lagi! :-D soalan ni pun dah banyak kali dorang tanya.. =.=’)
Tiba2 seorang pelajar menjawab
dengan konfiden,
Pelajar comel: “Belummm!!! Sebab
dia baru mau kawin dengan _ _ _ _ _” (abg dia)
Ustazah : “Apa??” :-o (Sambil pandang pelajar comel tersebut.
Pelajar2 lain pun
pandang dia
dengan terkejut)
Ustazah rasa malu pula dan
teruskan menulis di depan sampai habis, pura2 tak tengok pelajar dah. Perbualan
antara guru dan pelajar terhenti di situ.
Esoknya…
Semasa pelajar comel tersebut
hantar buku nota ke meja ustazah, ustazah ambil kesempatan tanya,
Ustazah : “Kenapa kamu cakap macam tu kemarin?”
Pelajar comel: (Dia macam dah
lupa) “Cakap apa?”. (Dengan muka hairan) Alolo, dia ni, bikin ustazah pula yang
rasa malu lagi. Pelajar comel tak beredar lagi dan tunggu. So akhirnya ustazah
tanya juga.
Ustazah : “Siapa tu nama abang kamu?”
Pelajar comel: (Baru teringat)
“Oh..”
Ustazah tanya lagi, (padahal
malu ba mau tanya tapi tahan hati ja sebab mau tau..)
Ustazah : “Kenapa kamu cakap macam tu kemarin?”
Pelajar comel: “Sebab saya nak
ustazah kawin dengan abang saya….”
Ustazah : (Aik? Hm…) “Kenapa pula?”
Pelajar comel: “Supaya saya
boleh tengok ustazah hari2..”
<Dan seterusnya yang tidak
perlu diceritakan di sini…>
(^_^) Bertambah comel pula
rasanya pelajar ni.. Hm.. Ustazah rasa terharu.. :-(
Memang akhir-akhir ni agak rapat
dengan pelajar ni.. Tapi tak sangka pula pelajar ni berfikir macam ni… Seperti
suatu penghargaan buat saya…
Kanak-kanak yang begitu suci dan
polos, boleh mengatakan apa saja perasaannya, apa saja yang diinginkannya tanpa
perlu memikirkan lebih dalam atau lebih jauh tentangnya..
Tak terkata apa masa tu, tapi
ingin ku katakan padanya,
“Kan boleh tengok dan jumpa
ustazah hari2 di sekolah.. Walaupun masa ustazah mengajar pagi, kan ustazah
selalu pegi sekolah di sebelah petang juga… (^_^)”
Dan…
“Walaupun bukan dengan berkahwin
dengan abang kamu, ustazah tetap boleh berkawan baik dengan kamu dan ustazah
tetap sayangkan kamu. Bukan ustazah saja tapi juga ustazah-ustazah yang lain
kan sayangkan kamu juga…” (^_^)
Budak ini memang comel dan
baik.. Kecik macam aku… Jadi aku merasakan bagaimana layanan padanya oleh orang
lain kerana aku juga sama.. (^_^) walaupun aku anak sulung tapi selalu dilayan
macam anak bongsu… sebab kecik…
Alhamdulillah…
Best mengajar di sekolah rendah
ni…
Ada saja cerita yang lucu..
Macam2 gelagat ada…
Pelajar2 tahap ni hatinya suci,
belum pandai menyimpan dendam atau buat jahat…
Mudah dilentur mudah dibentuk….
Bukankah.. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"..
Alhamdulillah syukran ya Allah…
(^_^)